Wednesday, May 27, 2009

Setem Empangan Hidroelektrik Temenggor


Empangan Temenggor adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Gerik, Negeri Perak, dibina di hulu Sungai Perak. Ia terletak merentasi Sungai Perak lebih kurang 200 km ke timur laut Ipoh. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Temenggor.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1967 dan disiapkan pada tahun 1972. Kos pembinaannya RM352 juta. Operasi dimulakan pada 1975 dan dirasmikan pada 1976 oleh YM Sultan Idris Shah II, sultan Perak.

Empangan Temenggor kini telah menurun ke tempat ketiga sebagai empangan ketiga terbesar di Malaysia. Suatu masa dahulu, ia adalah empangan terbesar dan menpunyai daya upaya jana elektrik terbesar setelah siap pada tahun 1979.
Ia juga diingati dalam sejarah Malaysia kerana peranannya membendung kegiatan gerila komunis dengan menyekat ulu Sungai Perak, membentuk Tasik Temenggor dan menengelamkan laluan susupan gerila dari Betong, di Siam masuk ke negeri Perak.

Stesen janakuasa ini adalah stesyen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 87 MW setiap satu. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

No comments:

Post a Comment