Thursday, May 21, 2009

Setem Sang Kancil



Kancil (bahasa Inggeris: Lesser Mousedeer) ialah spesies yang paling kecil antara hanya empat spesies yang masih wujud dalam famili Tragulidae serta infraorder Tragulina. Panjangnya yang hanya berukuran 45 sentimeter, dengan berat sebanyak dua kilogram, menyebabkannya merupakan salah satu ungulat yang paling kecil. Kancil suka akan hutan yang berbatu-batan dan terdapat di hutan tropika Asia Tenggara. Nama saintifiknya Tragulus javatticus.

Famili Tragulidae amat meluas antara Epok Oligosen (34 juta tahun dahulu) hingga Epok Miosen (kira-kira 5 juta tahun dahulu) tetapi hampir tidak bertukar sejak masa itu dan oleh itu, merupakan satu famili haiwan ruminan yang primitif. Famili ini mempunyai perut empat kebuk untuk menapaikan makanan tumbuhan yang susah cerna, tetapi keluk ketiga tidak berkembang dengan sempurna. Serupa dengan spesies-spesies lain dalam famili Tragulidae, kancil tidak mempunyai tanduk, dan kakinya pendek dan kurus.

Kancil merupakan sejenis haiwan yang termasyhur di Malaysia disebabkan legenda Melayu. Cerita rakyat "Sang Kancil dan Sang Buaya" mengisahkan tentang kecerdikan Sang Kancil memperdayakan sekumpulan buaya untuk menyeberangi sungai untuk menikmati buah rambutan yang sedang masak ranum.

Kancil turut digunakan sebagai nama kereta Perodua Kancil, Malaysia.

No comments:

Post a Comment